Origami Penanda Buku
1 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniStaf Pusat Internet (PI) Kg Karangan telah mengadakan kelas bersama adik-adik ahli pusat internet untuk membuat penanda buku menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati berpandukan video tutorial daripada YouTube. Kelas yang diadakan selama 2 jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kelebihan teknologi maklumat dari aspek permainan dan pembelajaran melalui kemudahan internet tanpa sempadan. Melalui YouTube, pelbagai perkara boleh dicari dan diambil sebagai panduan untuk membantu pengguna mendapat idea atau petunjuk dalam membantu sesuatu perkara yang berkenaan.
Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para peserta yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: